BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday 2 July 2011

puisi TERAKHIR buatmu..

Sayangku,
seandainya hari ini
adalah hari yang terakhir buatku,
izinkanlah aku menatap wajahmu,
berikan aku seukir senyuman manismu
agar aku bisa bertahan sedikit waktu lagi,
biar aku dapat bernafas
mencium harum wangimu itu 
yang menusuk ronggaku..

Sesungguhnya hati ini senang 
saat bersama denganmu
tika bergelak ketawa denganmu,
aku BAHAGIA.....

Apabila menangis denganmu 
aku juga bahagia.....

Hati ini berterima kasih
kerana kau sudi berkongsi rasa ini
dan membuka pintu hatimu buatku
meskipun kau tahu siapa aku...

Sayangku...,
hadirmu mengubah segalanya,
memori lukamu terhapus semuanya
apa yang ada
cuma rasa cintaku padamu
dan aku tahu engkau juga begitu..

Sayangku..,
biarpun bahagia ini cuma sementara,
ku harap engkau merelakannya..
ku pohon kau mengertikannya...

Sayangku....,
aku tidak bisa lama lagi,
pandanganku ini berat sekali...
sekiranya jatuh kelopak ini,
maka carilah pengganti.....
agar kau gembira lagi
biar aku tidak berpatah hati..
kerana aku tidak dapat bersama denganmu
memintal dan mencalit cinta
menyimpul dan memahat rindu..

Sayangku..,
selepas aku pergi,
aku yakin kau akan dapat melihat alam ini..
Takdir ILAHI telah memanggilku kembali..
terimalah mata ini biarpun
wajahku tidak pernah ditatap olehmu
yang selama ini hidup bersamaku....

Sayangku...,
harapanku agar kau bahagia..
dan doakanlah kesejahteraan buatku
yang pergi buat selamanya.....